Sunday, November 25, 2018

BAB 13:PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

APAKAH PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN??

Menurut Haji Samsudin Bin Md Noor,pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan,kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan.

Menurut Lee Shok Mee(1993),alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

ASAS  KEMAHIRAN YANG PERLU ADA PADA SESEORANG GURU

  • Pengetahuan guru mengenai nama dan latar belakang pelajar
  • Prosedur menetapkan peraturan di bilik darjah
  • Perancangan yang rapi berkaitan dengan susun atur di bilik darjah
KONSEP DALAM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
  • Mengawal
  • Merancang
  • Pengalaman
  • Mengarah
PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN
  • Keperluan fisiologi
  • Pengurusan masa
  • Iklim bilik darjah
CARA-CARA UNTUK MEMBANTU PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN
  • Mengadakan program peningkatan prestasi
  • Mengadakan program mentor mentee
  • Program guru muda
  • Program pemantapan sahsiah

BAB 12:SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

>Sekolah adalah tempat pusat penyebaran  maklumat dan ilmu pengetahuan
>Berfungsi untuk mencapai objektif dan matlamat sosial bagi melahirkan manusia yang bersahsiah dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

PERSEKITARAN FIZIKAL.


Susunan dan reka bentuk fizikal

> Sumber Bahan pembelajaran
> Ruang atau sudut pembelajaran.
> Pengudaraan
> Perabot
> Kebersihan

PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL


> Suasana selesa dan mesra

> Suasana yang merangsang pembelajaran
> Menggalakkan pembelajaran koperatif
> Memberi peluang yang sama kepada semua murid.

HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT.


> Sekolah merupakan satu sistem sosial yang tersendiri dan menjadi satu agen perubahan kepada masyarakat dan persekitaran.

>Sekolah mementingkan  perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar mengikut aliran dan kehendak masyarakat.
> Sekolah sebagai sesebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks serta mewujudkan hubungan saling bergantung dengan pihak luar.

PERANAN SEKOLAH KEPADA MASYARAKAT.


>Sekolah melibatkan proses sosialisasi di mana kanak-kanak belajar tentang perlakuan ini sebahagian daripada tingkah laku mereka.

>Pendidikan dianggap sebagai satu proses membentuk manusia yang sanggup berfikir secara kreatif dan kritis
>Persekolahan yang berorganisasi memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan budaya ilmu yang dianggap sesuai dalam norma masyarakat.

PERANAN IBU BAPA.


>Ibu bapa dan sekolah membina jaringan hubungan melalui bantuan dana dan kepakaran

> Membantu membanteras masalah gejala sosial di dalam atau di luar sekolah.
>Menghadiri jemputan sekolah untuk memberi motivasi dan sokongan kepada guru-guru dan murid-murid.

HUBUNGAN SEKOLAH & IBU BAPA  (PIBG)

>Mewujudkan muafakat antara ibu bapa dan guru
> Membantu dalam memajukan perkembangan murid
> Menjaga kebajikan murid
> Menambah sumber kewangan sekolah

>Menjayakan aktiviti dan program pendidikan
>Meningkatkan keceriaan premis sekolah.

KERJASAMA ANTARA SEKOLAH DAN MASYARAKAT.

> Menyediakan kemudahan seperti dewan, gelanggang, padang yang  boleh dipinjamkan untuk kegunaan bersama.
>Masyarakat boleh menyalurkan derma dan bantuan untuk projek dan pembangunan sekolah.
> Kem latihan, pusat kajian dan penyelidikan serta muzium boleh dijadikan sebagai tempay lawatan sambil belajar untuk pelajar.

CABARAN- CABARAN YANG DIHADAPI.

Masalah buku teks, prasarana yang tidak lengkap, pembayaran yuran dan pembelian, buku kerja tambahan yang dianggap membebankan ibu bapa.
> Sikap ibu bapa menyerahkan tugasan mendidik anak-anak sepenuhnya kepada guru.
>Apabila kanak-kanak terlibat dengan gejala sosial, ibu bapa akan menuding jari dengan menyalahkan guru adn pihak sekolah.
>Ibu bapa yang cepat melatah dan mengambil tindakan disiplin terhadapa anak-anak mereka.



> Kesimpulannya, hubungan antara sekolah dan masyarakat serta hubungan antara guru dan ibu bapa dapat membantu mencapai matlamat sekolah malah pelajar juga turt mendapat faedah. yang berguna iaitu peningkatan daripada aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual.

Saturday, November 24, 2018

BAB 11:PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA

PENGENALAN

Menurut Khairul Yusri(2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal,mental,emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar.

Menurut pandangan Tang(1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan suatu masalah

TEORI DAN KONSEP DALAM PENGURUSAN MURID KEPELBAGAIAN UPAYA

  • Pemulihan
  • Penggayaan
  • Kecerdasan
  • Keperluan Khas

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM MENANGANI PELAJAR PELBAGAI UPAYA
  • Sikap murid itu sendiri
  • Sikap ibu bapa murid untuk mengubah anak mereka
  • Masalah dalam berkomunikasi dengan murid
  • Tekanan yang diberikan oleh pihak atasan

BAB 10:PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai,budaya,paktis-praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkah laku

CONTOH BUDAYA SEKOLAH:

  • Budayay belajar
  • Budaya pemakaian
  • Budaya hormat menghormati
  • Budaya berani menyoal
  • Budaya membaca
  • Budaya penyayang

LANGKAH PRAKTIKKAN BUDAYA SEKOLAH
  • Kurikulum
  • Kokurikulum
  • Disiplin sekolah
PENAMBAHBAIKAN TERHADAP BUDAYA PEMAKAIAN DI SEKOLAH
  • Ketatkan undang-undang sekolah
  • Buat pemeriksaan kepada pelajar
  • Kenakan hukuman yang setimpal
  • Menetapkan standard pakaian di sekolah bersesuaian dengan Kementerian Pendidikan Malaysia


BAB 9:PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN

PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN:

-Tingkah laku  ialah apa yang dilakukan oleh seseorang individu dan semua tindakan manusia yang dapat diperhati dan dinilai secara sedar atau separa sedar.

-Setiap guru mesti mempunyai satu pengurusan tingkah laku kawal kelas,pembelajaran yang sihat dan produktif


JENIS-JENIS TINGKAH LAKU
TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF

  • Bergantung
  • Disruptif
  • Intruptif

TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF
  • Ingin tahu
  • Cepat belajar
  • Pintar cerdas
  • Proaktif

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN
-Satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan tingkah laku dan disiplin di dalam bilik darjah

  • PENEGUHAN POSITIF DAN NEGATIF
  • DENDA
  • PENGHAPUSAN
  • PRINSIP PREMACK

CONTOH-CONTOH MASALAH DISIPLIN
  • Ponteng sekolah
  • Vandalisme
  • Mengugut
  • Membuli kawan
  • Melawan guru

BAB 8:STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

APAKAH PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN??

-Proses rancangan ,organisasi dan kawalan pelajar serta proses pembelajaran untuk memastikan suasana yang berkesan

-Menurut Guey R. Lefroic(1999) pengurusan bilik pembelajaran merupakn sesuatu konsep yang komprehensif untuk pelbagai aktiviti guru yang dirancang dengan tujuan memudahkan cara pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,merangkumi,tindakan disiplin,rutin harian,penyusunan tempat duduk dan memperuntukkan masa pelajaran

-Richards(1990) mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku ,pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

  • FAKTOR SOSIAL-Hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya dan memberi kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran,gaya kepimpinan guru,bentuk komunikasi dan corak interaksi yang diwujudkan

  • FAKTOR EMOSI-Menggunakan gaya kepimpinan autoritarian iaitu mengawal murid melaui ganjaran dan hukuman.dan mewujudkan suasana tertekan dan tidak kondusif.




PENDEKATAN DIGUNAKAN UNTUK MENARIK MINAT PELAJAR
  • Nada suara yang berubah-ubah
  • Carta yang menarik
  • Video dan permainan yang ceria
  • Guru pandai mengaitkan kehidupan sebenar murid dengan pelajaran
  • Mendalami pengetahuan yang perlu dari segi intelek dan kebolehan menggunakan isi kandungan pengajaran tersebut
  • Pembelajaran yang mudah difahami

PERANAN GURU DALAM BILIK PEMBELAJARAN
  • Mempelajari atau mengenali tentang murid
  • Merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian
  • Merancang objektif serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  • Sebagai pegawai perhubungan awam semasa di kelas

























































BAB 7:PENGURUSAN SUMBER

PENGURUSAN SUMBER

Pengurusan sumber memainkan peranan yang amat penting dalam mencapai tujuan ataupun matlamat.
Pengurusan sumber yang cekap dan berkesan akan menghasikan individu yang berkualiti, produktif dan seterusnya meminimumkan masalah yang berkaitan dengan sumber masalah ini termasuklah ketidakhadiran, ketidakpuasan kerja, pusing ganti pekerja dan sebagainya.
OIeh itu pengurusan sumber memainkan peranan penting dalam memastikan pengurusan sumber organisasi berjalan lancar dan berdaya saing untuk mencapai matlamat tersebut. Pengurus dan juga setiap pekerja perlu memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber.

Definisi Pengurusan Sumber

Pengurusan Sumber bermaksud satu proses membuat keputusan bagi menjamin bekalan sumber yang berterusan melalui usaha pemeliharaan dan pemuliharaan.
Dessler (1997), telah mentakrifkan konsep ini sebagai suatu bentuk hubungan pengurusan sumber manusia dengan matlamat dan objektif organisasi yang strategik. Konsep ini lebih memberikan tumpuan terhadap kaedah atau cara sesebuah organisasi mengurus dan mentadbir sumber manusia.

Pengurusan

Pengurusan ialah melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

Proses  perancangan - sesebuah organisasi seperti institusi pendidikan merujuk kepada tujuan dan objektif yang telah dikenalpasti di awal perancangan sesuatu program.
Penyusunan - melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan orgnisasi.
Pengarahan - dilaksanakan untuk memastikan semua aktiviti organisasi berjalan dengan teratur, lancar serta dalam suasana harmoni.
Pengawalan - membabit beberapa perkara penting seperti mengenalpasti masalah dalam penyusunan dan langkah-langkah penyelesaian tertentu yang mesti diambil kira.

Sumber

- Sumber merupakan bahan-bahan yang digunakan manusia yang terdapat disekeliling kita. Sumber juga merupakan satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan bertujuan untuk membolehkan  dan memudahkan pembelajaran seseorang pelajar. Sumber terbahagi kepada 3 iaitu sumber primer, sumber sekunder dan sumber tertier.

- Sumber primer bermaksud hasil kerja asal yang memberikan pengetahuan baru atau meningkatkan kemajuan ke atas pengetahuan sedia ada terhadap sesuatu perkara yang merupakan asas kepada sumber sekunder atau tertier. contohnya ialah tesis, jurnal dan prosiding.

- Sumber sekunder bermaksud sumber yang memberikan akses kepada sumber primer melelui perkhidmatan abstrak dan indeks. Rujukan adalah dalam format bibliografi yang diterbitkan dan contohnya adalah nota kaki dan juga glosari.
Sumber tertier dikenali sebagai sumber umum. Ia merupakan maklumat yang telah diterima umum dari sumber-sumber primer. Boleh didapati dalam bentuk buku teks, data, ulasan artikel dan juga laman web.


Kepentingan Sumber

1. Media komunikasi
ü Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat
ü Disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video
ü Guru sebagai pengirim dan murid sebagai penerima

2. Sebagai ransangan
ü Murid lebih minat belajar
ü Bahan sebagai ransangan utama murid
ü Memahami sesuatu dengan lebih mendalam
ü Tumpuan murid lebih kepada perkara-perkara yang menarik bermaknsa dan penting

3. Penjelasan makna dan konsep
ü Dapat menjelaskan makna dan konsep menggunakan sumber
ü Boleh diguna diluar dan di dalam bilik darjah
ü Seperti siaran langsung atau rakaman-rakaman peristiwa sebenar spt radio dan televisyen
ü Mengembangkan corak pemikiran murid

4. Penggerak penggunaan pelbagai media
ü Melibatkan pelbagai deria iaitu deria rasa, dengar, lihat, sentuh dan bau
ü Guru perlu menggunakan pelbagai sumber dan bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan
ü Deria lebih banyak digunakan dalam aktiviti pembelajaran


5. Sumber pengalaman

ü Memberi pengalaman langsung dan tidak langsung
ü Pengalaman memberi kesan mendalam terhadap proses pembelajaran murid.
ü Lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri berbanding maklumat yg diperoleh
ü Untuk memastikan apa yg diajar kekal lama dalam ingatan murid


JENIS-JENIS SUMBER YANG DIFOKUSKAN

Pusat Sumber Pertama:
Perpustakaan

Konsep Pusat Sumber
Ø Pusat sumber sekolah merupakan satu pusat yang memuatkan koleksi maklumat dan suber – sumber ilmu dahulu dan kini untuk digunakan oleh pelajar.
Ø Pusat sumber juga merupakan satu tempat untuk mengakses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan bercetak, bukan bercetak dan digital.
Ø Pusat sumber perlu diurus secara sistematik agar dapat menarik minat pelajar dan bertujuan untuk memupuk tabiat membaca dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Objektikfpusat sumber
1. Mengumpul, menyusun, menyimpan dan mengedarkan pelbagai ilmu dan sumber .
2. Mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar mereka.
3. Melatih para pelajar menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan, dan menggunakan peralatan.
4. Memberi pelbagai jenis kemudahan kepada guru dan pelajar untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyebar maklumat terkini yang berkaitan dengan aktiviti pendidikan


FUNGSI PUSAT SUMBER

Ø Menyediakan dan mempromosi bahan bacaan dan sumber yang berkualiti.
Ø Berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan kurikulum dan kokurikulum institusi pendidikan.
Ø Sebagai pusat interaksi di antara guru dan pelajar – pelajarnya.
Ø Sebagai tempat penerangan, penyebaran maklumat serta sumber dan tempat untuk memperolehi alat dan bahan pelajaran dan pengajaran.
Ø Menganjurkan aktiviti galakkan membaca, pameran, pertandingan akademik dan sebagainya.


Pusat Sumber Kedua:
Makmal Sains

Definisi : Makmal Sains adalah salah satu bilik mata pelajaran khas yang dibina untu pengajaran pembelajaran amali sains
Dibina dengan tujuan untuk melakukan aktiviti dan eksperimen sains di bawah keadaan yang terkawal
Melalui aktiviti penyiasatan dan penemuan secara amali dalam makmal sains, pelajar dapat mengamalkan ilmu dan kemahiran sains dengan lebih berkesan


Kepentingan Makmal Sains

♥ Memastikan p&p mata pelajaran sains lebih efektif kerana sesuatu konsep itu akan lebih mudah difahami dengan ‘membuat’ bukan setakat mendengar
♥ Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi kemahiran proses sains serta kemahiran manipulatif
♥ Membolehkan eksperimen dijalankan dengan selamat dan berkesan, dengan menyediakan tempat yang sesuai
♥ Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat terhadap sains dan membentuk serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
♥ Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah persekolahan

ASPEK UTAMA DALAM PENGURUSAN MAKMAL SAINS

♥ Keceriaan makmal sains
♥ Penggunaan dan penyimpanan peralatan dan bahan
♥ Keselamatan makmal sains


TINDAKAN GURU SAINS SEMASA KEMALANGAN BERLAKU DALAM MAKMAL SAINS

♥ Mengenalpasti jenis kemalangan yang berlaku
♥ Jika di luar kemampuan diri dalam menyelamat mangsa, eloklah meminta orang lain yang berpengalaman
♥ Jika kecederaan teruk, minta ketua darjah laporkan kepada pihak pentadbir sekolah
♥ Bagi kemalangan besar, hubungi ambulans dan bantuan doktor perubatan dengan segera
♥ Memberitahu ibu bapa pelajar yang berkenaan
♥ Guru harus merekod dan melaporkannya kepada pihak pentadbir sekolah


Pusat Sumber Ketiga:
Makmal Komputer

1. Makmal komputer merupakan salah sebuah tempat di mana di dalamnya mempunyai beberapa buah komputer untuk kegunaan pelajar.
2. Makmal komputer juga disediakan untuk pelajar-pelajar zaman sekarang ini mengenal tentang peralatan komputer serta kegunaannya.
3. Didalam makmal komputer tersebut pula terdapat rangkaian lain untuk pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari bahan-bahan pembelajaran.


Garis Panduan Pengurusan Makmal Komputer

1. Pengurusan Makmal Komputer

- Bidang pengurusan makmal komputer menekankan beberapa aspek yang harus diberi perhatian khusus seperti keselamatan komputer daripada segi perkakasan dan perisian, keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer. Pengurus makmal komputer perlu sentiasa memastikan aspek-aspek pengurusan ini diikuti dan diamalkan oleh pengguna makmal komputer pada setiap masa.

2. Peraturan Makmal Komputer

- Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa ketiadaan guru.
- Kemaskan makmal komputer sebelum keluar. Atur semula kerusi supaya tersusun rapi dan kemas.
- Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada guru yang bertugas di makmal komputer.
- Pastikan alat pemadam api ada dan berfungsi.
- Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal komputer.

3. Senarai Keselamatan Pengguna

- Meja komputer disusun dengan baik, pastikan unit sistem diletak di tempat yang sesuai dan mempunyai ruang yang mencukupi bagi semua alat peranti
- Duduk dalam keadaan selesa, kerusi boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dan duduk tegak untuk hindar dari sakit pinggang.
- Kabel-kabel komputer perlu diletakkan di belakang komputer atau di tempat yang selamat dan jauh daripada laluan pengguna.
- Penapis cahaya monitor (glass filter) boleh digunakan untuk keselesaan dan keselamatan mata pengguna.
- Laraskan kedudukan monitor dengan mata ; monitor harus 50 ke 60 cm jauh dari mata.
- Selepas 2 jam menggunakan komputer pengguna dinasihatkan berehat dan melihat kehijauan di luar untuk melegakan pandangan mata.


4. Aspek Keselamatan Perkakasan

- Jangan membawa keluar sebarang perkakasan komputer dari makmal tanpa kebenaran.
- Jika terdengar bunyi yang ganjil atau terhidu sesuatu yang terbakar, kenalpasti komputer yang terlibat dan segera putuskan bekalan kuasa di dinding yang bersambung ke komputer itu.
- Komputer yang rosak perlu diasingkan, dilabelkan dan dinyatakan perkara yang rosak untuk tindakan seterusnya.

BAB 6:PENGURUSAN BILIK DARJAH

ILMU MENGURUS BILIK DARJAH
Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus yang mengurus rutin bilik darjah,, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru memerlukan ilmu yang khusus dalam mengurus keadaan bilik darjah  supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar.  Antara ilmu pengurusan bilik darjahyang perlu dikusai oleh seseorang guru ialah ilmu pengurusan fizikal, ilmu pengurusan bahan-bahan pengajaran dan ilmu pengurusan disiplin murid.

a)      ILMU PENGURUSAN FIZIKAL
Ilmu pengurusan fizikal ini merujuk kepada iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal , sosial, emosi, dan penyusunan bilik darjah. Hal  ini demikian kerana suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Oleh sebab itulah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Biasanya, pengurusan keadaan bilik darjah ini berkait rapat dengan penyusunan kerusi meja, kedudukan murid,murid, alat-alat, ruang sudut bacaan dan kebersihan bilik darjah. Tujuan utama guru perlu menguasai ilmu ini adalah bagi mewujudkan suasan pembelajaran yang selesaserta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih dan teratur. Antara kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah menyapu lantai, atau beranda, membersih papan hitam, menyusun meja dan kerusi, mengemas sudut pembelajaran, menghias kelas dan sebagainya. Selain itu, melalui pembahagian kerja ini murid-murid dapat dilatih untuk bekerjasama,dan bertangungjawab terhadap kekemasan bilik darjah, menanam rasa bangga terhadap tugas mereka dalam menjaga kebersihan bilik darjah dan melatih murid-murid supaya mementingkan kebersihan.

b)      ILMU PENGURUSAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN
Kejayaan guru sebagai  seseorang pengajar bergantung kepada perancangan pengajarannya. Oleh itu, sebelum memulakan proses P&P guru perlu merancang isi pelajaran yang bakal disampaikan olehnya. Ini kerana perancangan yang baik menjamin kejayaan P&P dan objektif sebenar akan tercapai. Antara perkara yang perlu dititikberatkan semasa mengurus bahan pengajaran ialah:
·        Persediaan Awal
Persediaan awal ii merujuk kepada persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum memulakan proses P&P. Guru perlu mengenalpasti sumber atau bahan pengajaran sama ada daripada buku teks, rujukan, lampiran, nota, internet dan sebagainya.
·        Isi Pelajaran telah disusun
Guru perlu mengenalpasti tajuk mana yang bakal diajar. Guru perlu menggariskan sesuatu tajuk itu daripada bab mana, sub topik, perenggan mana dan sebagainya bagi memastikan pelajar dapat menangkap apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh jika seseorang guru sejarah ingin mengajar sejarah maka beliau perlu memastikan bab mana yang bakal diajar, tajuk besar, sub topik,  dan halaman berapa.
·        Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Guru perlu menguasai kemahiran teknologi bagi memastikan mutu pengajaran berjalan seiring dengan arus peredaran masa. Bagi memastikan P&P menjadi lebih menarik dan berkesan guru perlu menggunakan Alat Audio Visual (LCD), Komputer, Televisyen dan boleh membaca peta,  melukis gambar rajah dan sebagainya.
Bagi memastikan bilik darjah sentiasa aktif seseorang guru juga perlu mengenalpasti keupayaan tahap keupayaan pelajarnya, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, strategi atau kaedah yang digunakan , dan cara menilai atau menguji tahap kepekaan dan kefahaman para pelajarnya. Sebelum memulakan P&P guru perlu“refreshing” minda para pelajar untuk mengingati balik isi pelajaran yang telah diajar sebelum ini. Keadaan ini membolehkan kesinambungan isi pelajaran dapat difahami oleh para pelajar.

c)      ILMU PENGURUSAN DISIPLIN MURID
Menurut Anderson pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada :
         i.            Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran.
      ii.            Meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru, dan pelajar lain.
      iii.             penggunaan masa pelajaran yang efesien.
Dalam memastikan aktivi P&P berkesan aspek disiplin perlulah diambil peduli oleh semua guru. Guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan,mengawal murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, dan menghukum murid-murid yang melanggar peraturan. Dua ciri disiplin arahan guru yang boleh diperaktikan oleh guru ialah:
§  Autokratik yang merujuka kepada kuasa guru yang mutlak dalam mengawal, mengarah, menguasai, dan menghukum berpandukan peraturan bahawa kesalahan yang dilakukan wajib dihukum.
§  Menghukum merujuk kepada kuasa guru mendenda murid-murid yang melanggar peraturan.
Pengurusan tingkah laku pelajar yang dilakukan akan membolehkan perlakuan para pelajar dapat dipantau, penyelesaian segera terhadap tingkah laku negetif dapat diambil dan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti P&P.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah Ganjaran dan Dendaan dalam mempengaruhi disiplin murid-murid. Ganjaran adalah sebagai satu pengiktirafan kepada para pelajar keatas hasil kerja atau perbuatan baik yang telah dilakukan manakala dendaan bersifat memberi kesedaran keatas kesalahan yang dilakukan. Antara kelebihan dan keburukan ganjaran dan dendaan ialah:

BAB 5:PENGURUSAN MURID

MENGURUS REKOD MURID
-PEMANTAPAN SISTEM PENGURUSAN MURID DI SEKOLAH:

  • Kad 001 Pelajar
  • Profil murid perlu kemas
  • Perkembangan akademik,emosi,sahsiah dan tingkah laku pelajar
  • Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid
  • Menyelesaikan masalah murid
  • Buku rekod maklumat murid
-PEMANTAPAN SISTEM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • Pengurusan hasil kerja/tugasan murid
  • Maklumbalas dan prosedur pemantauan
  • Pemantauan kerja murid 'in progress' dan 'long-range''
  • Komunikasi tugasan dan keperluan tugasan
  • Arahan untuk tugasan
  • Kriteria-kriteria hasil tugasan
  • Prosedur untuk murid yang tidak hadir
-PENGURUSAN HASIL KERJA/TUGASAN MURID
  • Sistem Penggredan Sekolah(90-100-A,80-89-B)
  • Komponen sistem gred(peperiksaan akhir tahun,tugasan,pembentangan)
  • Peratusan setiap komponen yang dipilih
  • Buku rekod/folder dalam komputer untuk merekod gred
-MAKLUM BALAS DAN PROSEDUR PEMANTAUAN
  • Maklumbals dengan kadar segera
  • Pemantauan berterusan
  • Prosedur menyemak hasil kerja/tugasan murid
  • Hasil kerja/tugasan murid yang perlu disimpan
  • Bila dan bagaimana pemantauan akan dibuat di dalam kelas
  • Bila dan bagaimana pemantauan projek atau tugasan yang memerlukan masa untuk penyempurnaan.
-PEMANTAUAN KERJA MURID ''IN PROGRESS'' DAN ''LONG RANGE''
  • IN PROGRESS bermaksud perhatian sewajarnya semasa murid membuat tugasan pada seluruh kelas,semua kumpulan dan semua murid
  • LONG-RANGE bermaksud menggunakan buku gred/folder dalam komputer untuk pemantauan
-KOMUNIKASI TUGASAN DAN KEPERLUAN TUGASAN
ARAHAN UNTUK TUGASAN:
  • Keterangan secara lisan dan bukan lisan
  • Kriteria penggredan dan keperluan tugasan mesti jelas
KRITERIA-KRITERIA HASIL TUGASAN
  • Standard penulisan
  • Kekemasan
  • Tarikh penyerahan



















BAB 4:KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

JENIS-JENIS GAYA KEPIMPINAN
  1. AUTOKRATIK-Kepimpinan sehala dan berkuasa
  2. DEMOKRATIK-Kepimpinan yang dapat terima pendaat orang
  3. LAISSEZ-FAIRE-Kepimpinan ini bercorakkan sebagai pemerhati sahaja tanpa ada campur tangan
  4. KONTIGENSI-Membuat keputusan apabila masalah timbul
  5. ASERTIF-Bersikap terbuka dengan pendapat orang sekeliling tetapi tetap memilih pendapat sendiri
  6. RESPONSIF-Memilih pandangan orang lain dalam perbincangan
  7. AGRESIF-Cara kepempinan yang hanya menganggap keputusannya sahaja yang betul dan tidak berunding berbincang terlebih dahulu.
KEPIMPINAN PERINGKAT SEKOLAH
-PENGETUA
  • Merancang dan menyelia pengurusan kurikulum
  • Membimbing warga sekolah
  • Pencapaian matlamat dan objektif sekolah selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia
  • Mengagih dan menyelia tugas warga sekolah
  • Menilai prestasi kakitagan akdemik dan bukan akademik
-PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
  • Merancang dan menyediakan jadual waktu dan jadual ganti guru
  • Menyedia dan menyelaras jadual bertugas harian dan mingguan guru
  • Menyelaras aktiviti pembelajaran dan pengajaran,aktiviti bulanan,peperiksaan 
  • Menyelia dan menyelaras aktiviti guru dan kelab guru
-PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
  • Mengurus pendaftran dan penyaluran murid
  • Menyelaras tugas dan aktiviti Lembaga Disiplin Murid  dan Badan Pengawas Sekolah
  • Menyemak dan memastikan kesempurnaan rekod pendaftaran murid,jadual kedatangan kad 001 murid
  • Mengawas pengurusan asrama
  • Menjadi Naib Pengerusi asrama
  • Menjadi Naib Pengerusi ahli Jawatankuasa Badan Biasiswa Sekolah
  • Menyelaras urusan skim pinjaman buku teks
-PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
  • Merancang pembangunan ko kurikulum
  • Menyelaras kegiatan sukan dan permainan sekolah
  • Menyelaras semua kegiatan-kegiatan persatuan ,kelab-kelab dan persatuan unit beruniform
  • Menyelaras kegiatan kebudayaan
-GURU KANAN BIDANG
  • Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa mata pelajaran
  • Menyelaras rancangan pelajaran tahunan
  • Menyediakan soalan peperiksaan 
  • Memutuskan buku kerja yang hendak digunakan dalam mesyuarat
  • Menyemak buku latihan murid secara rawak
  • Menjadi ahli jawatan kuasa Pusat Sumber sekolah
  • Mencadangkan pembelian bahan pengajaran pembelajaran

























































BAB 3:PROSES SOSIOLISASI

PROSES-PROSES SOSIOLISASI:

Tahap Persiapan----Tahap Meniru---Tahap Siap Bertindak---Tahap Penerimaan Norma Kolektif

AGEN-AGEN SOSIOLISASI:


  1. Keluarga
  2. Guru
  3. Rakan
  4. Masyarakat
DAVID HARGREAVES:Interaksi Bilik Darjah

  • Melihat hubungan murid dengan guru
  • Melihat pengetahuan individu tentang kendiri,perspsi dan peranan
  • Kendiri merupakan subjek dan objek 
  • Aksi mengambil kira pandangan diri
  • Tindakan kerana makna yang ditentukan atas tafsiran aksi orang lain
  • Manusia memberi makna
  • Makna bergantung pada matlamat
  • Pemberian makna bukan hak persendirian
PERANAN GURU
  • Mentamadunkan murid
  • Pemantau
  • Fasilitator
  • Mendidik murid bagaimana menjadi pelajar
  • Pengamal disiplin
  • Sebagai instruktor
SIFAT-SIFAT GURU UNTUK MENJADI MODEL;
  • Imej
  • Pengetahuan yang luas
  • Sifat kepimpinan
  • Emosi yang stabil
  • Pencorak peribadi murid
  • Pengembang atau ejen sosial
TIGA JENIS GURU
  • Guru penjinak singa
  • Guru penghibur
  • Guru romantik

Friday, November 23, 2018

BAB 2:PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

MENGAPAKAH PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN ITU PENTING??

-Pengurus menambah pengetahuan
-Pengurusan meningkatkan mutu amalan kerja guru
-Pengurusan yang cekap menambahkan produktiviti
-Mendapatkan keredaan Allah

KAEDAH PENGURUSAN YANG DIGUNAKAN:
-PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGURUSAN
   -Berpusatkan pelajar
   -Berpusatkan bahan
   -Berpusatkan guru
   -Berpusatkan pelajar,bahan dan guru

-PENDEKATAN DAN KAEDAH KHUSUS
   -Pengurusan Bahan Pembelajaran
   -Pengurusan tempat
   -Pengurusan Masa
   -Pengurusan Siapa yang  Mengajar

-KONSEP GURU DAN PROFESIONAL

ASPEK DALAM PENGURUSAN PEMBELAJARAN

-Tradisional
-Moden
-Barat
-Islam
-Cina
India
-Pembelajaran sepanjang hayat

APAKAH PENDIDIKAN??
   -Pendidikan ialah proses
   -Pendidikan ialah sistem
   -Pendidikan ialah penambahan ilmu
   -Pendidikan ialah mendidik